Saturday 3 December 2011

new version~saya, teknologi dan media

Alhamdulillah 
Akhirnya berjaya juga saya memperbaharui my prezi
Saya, Teknologi dan Media..


inilah hasilnya


enjoy it =))





thanks=))

Thursday 1 December 2011

kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik

Alhamdulillah syukur nikmat… dalam kelas hari ini banyak perkara baru yang saya dapat dan sangat bermanfaat untuk saya..  hari ini saya belajar konsep dan kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik.. 3 kemahiran asas saya telah pelajari iaitu definisi secara operasi, penaakulan nisbah dan bahagi dan akhir sekali pentafsiran graf…

Definisi Operasi

Definisi  secara operasi bermaksud  definisi yang menghuraikan langkah-langkah  yang diambil untuk menentukan nilai sesuatu konsep… Contohnya jika kita ingin menyiasat kaitan antara kedalaman dengan tekanan dalam air, kita akan mengukur jarak air yang mengufuk keluar.. inilah yang dimaksudkan definisi secara operasi, kita memberitahu langkah yang diambil(defined something how we measured it)..

Selain itu, saya juga belajar definisi secara operasi luas dan isipadu..  kebanyakan pelajar akan miskonsepsi memberi definisi luas dan isipadu.. mereka akan mentakrif definisi luas berdasarkan formula iaitu panjang x lebar manakala isipadu(panjang x lebar x tinggi).. formula ini hanya boleh diberikan jika luas atau isipadu itu suatu objek yang mempunyai bentuk tetap(regular shape).. bagaimana jika objek yang tidak mempunyai bentuk tetap (irregular shape) contohnya daun,bagaimana kita ingin mencari keluasan daun??? Kita boleh mencari keluasannya dengan mengunakan kertas graf.. dengan mengira kotak-kotak pada kertas graf yang ditutupi oleh daun itu…  manakala isipadu pula adalah bilangan blok berukuran 1 cm padu yang dapat dimuatkan ke dalam suatu objek..

Penaakulan nisbah dan bahagi

Bukan itu sahaja, saya juga sempat mempelajari kemahiran penaakulan nisbah dan bahagi.. sangat-sangat menarik.. sebelum ini saya xtahu plak 8/2 pon ada definisinya.. ingat maksud dia lapan bahagi dua laa kan.. dan kira semata-mata.. hehe.. rupa-rupanya ada maksud tertentu..

Contoh beberapa penaakulan nisbah dan bahagi;

8N/4meter persegi= 2N/m persegi … apakah maksud 2 itu???
2 ialah berapa banyak daya yang atas bertindak ke atas 1 unit meter persegi luas.. kita dapat lihat disini 2 ialah berapa banyak nilai yang atas dikaitkan dengan 1 unit yang bawah..

5kg barang = RM3.00… Maksudnya?
Berapa banyak jisim barang bagi setiap RM1. Jika RM3 = 5kg barang, apa pula maksudnya? Maksudnya ialah berapa ringgit yang perlu dibayar bagi setiap 1 kilogram. 

Dengan mempelajari kemahiran penaakulan nisbah dan bahagi ini baru saya tahu setiap setiap nilai dan unit mempunyai maksud tertentu.. dengan memahirkan diri dengan kemahiran asas ini saya dapat mengukuhkan penaakulan sains saya.. kerana saya lebih jelas dengan apa yang diperkatakan bagi setiap unit dalam formula itu..

Pentafsiran graf

Pentafsiran graf juga merupakan salah satu kemahiran asas untuk belajar fizik dengan baik.. graf membawa maksud tertentu..  contonhya jika suatu graf itu straight line tapi tidak bermula dengan origin.. adakah graf itu directly proportional??? Jawapanya~~linear relationship but not directly proportional.. Saya juga belajar cara mentafsir graf "displacement against time" kepada "velocity against time". Melalui kemahiran ini saya dapat mengetahui apa yang ingin disampaikan oleh graf tersebut.. 


sekian~~thanks=))