Tuesday 22 November 2011

pembelajaran koperatif

Apa itu pembelajaran koperatif?? pembelajaran koperatif adalah satu keadah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai satu matlamat yang sama... 


Terdapat 5 prinsip dalam pembelajaran koperatif iaitu;

  • saling bergantungan secara positif~setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab memberi pendapat dan bekerjasama
  • tanggungjawab individu~diri tanggungjawab terhadap kumpulan 
  • kemahiran sosial
  • interaksi bersemuka
  • pemprosesan kumpulan




    Terdapat 6 teknik dalam kaedah pembelajaran koperatif ini:

    • JIGSAW
    • TAI ( Team Accelerated Instructor )
    • GI ( Group Investigation )
    • TGT ( Team Games tournament )
    • STAD ( Student Teams Achievement Divisions )
    • Numbered head together



    Hari ini, saya dan rakan sekelas diberi pendedahan menjalani pembelajaran koperatif menggunakan teknik JIGSAW dan Numbered Head Together. 

    Mula-mula kami menjalankan teknik JIGSAW. teknik ini dimulakan dengan membuat kumulan kecil iaitu seramai 5 orang setiap kumpulan. kumpulan ini dinamakan kumpulan ASAL.. kumpulan ASAL dipecahkan dengan membentuk kumpulan lain yang dinamakan kumpulan PAKAR mengikut nombor yang telah disusun iaitu 1-5.. saya telah berada dalam kumpulan pakar 5.. kami telah diberikan topik masing-masing mengikut kumpulan PAKAR iaitu mencari teknik pembelajaran koperatif yang telah ditetapkan dan pakar dalam teknik tersebut... kumpulan saya membincangkan tentang teknik Numbered Head Together... setiap ahli kumpulan memberi peranan dalam mencari tentang teknik ini dan bekerjasama memberi pendapat... setelah semua ahli kumpulan mencapai matlamat memahami teknik yang diberikan dan sudah pakar.. kemudian kami diarahkan balik ke kumpulan ASAL untuk menerangkan kepada ahli kumpulan tentang teknik yang telah mereka pakar td....


    Kumpulan asal saya telah membincangkan 5 teknik di atas kecuali JIGSAW(kerana teknik JIGSAW ialah apa yang kami alami ketika itu). Setiap ahli menerangkan teknik yang mereka telah pakar.. 


    Bermula dengan teknik TAI.. apa yang telah saya paham daripada penerangan ahli kumpulan ASAL saya, teknik TAI dimulakan dengan guru memberi kuiz kepada setiap pelajar(jawab secara individu) dan penilaian markah dilakukan. kemudian guru akan membuat kumpulan tetapi tidak mengikut kategori markah paling banyak atau sikit, ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai tahap. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan soalan kuiz yang tadi dan kemudian guru memberi soalan kuiz untuk menguji kefahaman pelajar sekali lagi.. 


    Teknik GI pula ialah group investigation. Terdapat 4 komponen asas dalam teknik ini iaitu investigation(menyelesaikan masalah apabila diberi topik), interaction(berbincang dengan ahli kumpulan bagaimana ingin menyelesaikannya), interpretation(berbincang dengan lebih terperinci) dan instrinsic motivation(dorongan antara ahli kumpulan~semangat berkumpulan). 


    Teknik TGT... Selepas diterangkan oleh ahli kumpulan saya baru saya paham  bagaimana taknik TGT ini dilakukan. Teknik ini dimulakan apabila berada di dalam kelas, guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan pelajar diberikan soalan. Guru akan menilai jawapan pelajar yang dijawab secara individu itu. kemudian pembentukan kumpulan lain dibuat mengikut mata yang diperoleh pelajar tadi(kumpulan mengikut tahap pelajar). Guru akn memberi soalan lagi bagi kumpulan yang baru ini. setelah selesai sahaja menjawab kuiz tadi, pelajar akan kembali kepada kumpulan asal. Seterusnya, pelajar akan dinilai dengan menambahkan setiap markah yang diperoleh pelajar kepada kumpulan asal mereka.


    Teknik STAD pula dimulakan ketika proses P&P guru memastikan pelajar paham apa yang diterangkan kemudian membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. dalam kumpulan pelajar diminta berbincang semula mengenai topik yang telah dipelajari tadi.. guru akan memberi kuiz kepada pelajar(jawab individu) dan kemudian guru akan membuat penilaian dengan mengira skor markah(purata markah dalam kumpulan). setalah itu, guru akan bandingkan markah setiap kumpulan. markah yang paling tinggi mendapat ganjaran...

    Setelah membincangkan teknik-teknik ini di dalam kumpulan ASAL, Dr nurul menaksir kefahaman kami menggunakan teknik Numbered Head Together.. Dr Nurul memanggil pelajar mengikut nombor yang disusun pd awal td untuk menjawab soalan yang ditanya.. mata akan diberikan mengikut kefahaman mereka.. mata kumpulan yang paling tinggi diberi markah bonus dalam ujian 1... malang sekali kumpulan saya tidak berjaya mendapat markah bonus tersebut.. huhu.. 


    teruskan usaha=))


    Monday 21 November 2011

    miskonsepsi

    miskonsepsi??? miskonsepsi fizik membawa maksud berlaku salah faham tentang suatu konsep dalam fizik. nme ag mis kn...hehe.. miskonsepsi ini bukan hanya dalam subjek fizik semua subjek terdapat miskonsepsi yer.. miskonsepsi ini biasanya dapat dikesan oleh guru ketika mencungkil idea pelajar... 

    miskonsepsi ini bukan lah suatu kesilapan yang kecil... susah untuk guru mengubah miskonsepsi pelajar kerana mereka sudah terbiasa dengan konsep yang telah mereka bina itu... susah nk mengubah kefahaman seseorang... klau kesilapan mungkin dengan senang guru dapat mengubahnya... 

    terdapat beberapa miskonsepsi dalam fizik.. contohnya pelajar salah faham dengan konsep haba.. Heat objects contain more heat than colder objects. The truth is heat is an energy in transit. It can't be contained in any objects

    guru perlu mahir dalam menangani miskonsepsi pelajar iaitu dengan memahami setiap konsep fizik dengan mendalam.. bukan sekadar membaca dalam buku teks.. dan untuk yang bakal guru.. anda perlu mantap dalam setiap konsep dan jelas dalam setiap miskonsepsi yang sering berlaku.. agar kelak tidak sukar untuk membetulkan miskonsepsi mereka=)) 


    Friday 18 November 2011

    prezi~~saya, teknologi dan media

    ~~ Prezi yang telah berjaya saya hasilkan ~~

    tajuk

    Saya, Teknologi dan Media




    alhamdulillah=))

    akhirnya berjaya juga saya siapkn prezi nie.. hehe.. like3x.. nie merupakan pengalaman pertama saya membuat prezi.. wlpon xcantik sgt tapi saya dah berpuas hati sebab dlm masa yang agak singkat saya dapat explore dan siapkannya.. hehe..

    dan dalam masa yang sama juga saya dapat satu kemahiran baru untuk presentation~membuat prezi..i enjoy doing this.. sebelum nie dgr pon xpnah tentang prezi biasa powerpoint jew.. thanks Dr Nurul memperkenalkan saya dengan prezi nie dan memberi saya pengalaman baru dalam pembelajaran=))


    Monday 14 November 2011

    tugasan baru~~PBL(prezi)

    hari ini saya dapt tugasan baru~~~problem based learning(PBL)... berbeza dengan pembelajaran PBL yang lepas yeaa.. klau lepas kami hanya meyelesaikan senario masalah itu dalam masa 3jam iaitu waktu kelas, tugasan PBL pada kali ini memakan masa agak lama.. kami diberi masa 4 hari untuk menyelesaikan tugasan ini...

    nak tau apa tugasan yea???? hehehe.. amat menarik gakkk laa.. tajuknya SAYA, TEKNOLOGI DAN MEDIA.. saya diberi satu senario masalah iaitu budaya pembelajaran sentiasa berubah-ubah. Guru dan pendidik harus merubah pengalaman bilik darjah dengan meningkatkan teknologi dan media dalam P&P.. bagaimanakaa anda merancang pengajaran anda di dalam kelas kelak dalam mengintegrasikan teknologi dan media. Dr nurul meminta kami menggunakan prezi... prezi???? 1st time saya dgr nama website nie... huahua..

    Jadi...... saya kena rajin kn diri meng---->explore camne nk buat prezi nie.. jom kita ber--- prezi my klasmate=)))

    Friday 4 November 2011

    thinking based learning

    Selasa
    1hb 11 2011            

    Thinking based learning??? apa yang ada paham tentang thinking based learning ini.. thinking based learning adalah pembelajaran yang berasaskan kognitif(fikiran).. maksudnya guru yang merangsang pelajar berfikir untuk mendapatkan sesuatu pembelajaran.. fuhhh perkara yang agak susah okey nk merangsang daya kognitif seseorang iaitu berfikir tentang pemikiran… lekkk luu!! Jgn bimbang ada cara dan langkah-langkahnya untuk guru melaksanakan pembelajaran berasaskan pemikiran ini…


    Langkah-langkahnya ialah:

    Step 1: Make explicit what makes the thinking skillful.
    Step 2: Give students guided practice in doing the thinking skillfully as they engage with the content.
    Step 3: Prompt students to employ one or more relevant habits of mind
    Step 4: Prompt the students to think about their thinking so that they can guide themselves to do the thinking skillfully when it is called for.

    Hari ini, kami didedahkan dengan pengalaman thinking based learning ini di dalam kelas iaitu berdasarkan kaedah deduktif pengelasan taksonomi Bloom.




    Ini sangat penting untuk seorang guru mengetahui peringkat-peringkat taksonomi Bloom ini untuk memudahkan mereka membuat soalan untuk menilai pelajar.

    Kami, turut di dedahkan dengan tabiat minda untuk kemahiran berfikir. Terdapat beberapa tabiat minda yang memudahkan kemahiran berfikir. Antara kegunaan tabiat minda 
    adalah ;

    ·                     Mebimbing pemikiran kita
    ·                     Membantu berfikiran secara lebih mendalam
    ·                     Membantu dalam komunikasi social

    kita boleh lihat disini bahawa kemahiran berfikir ini sering digunakan oleh kita dalam kehidupan seharian terutamanya dalam proses membuat keputusan.. 

    Thursday 3 November 2011

    PBL~crossed circuit

    Minggu ke 8

    Isnin 
    Pada pembelajaran KPD pada hari ini, saya telah didedahkan dengan PBL.. mst  ramai yang sudah biasa dengar dengan isitilah ini kn?? PBL dalam bahasa panjang yer adalah Problem Based Learning (PBL)..  apakah itu PBL?? PBL adalah satu jenis pembelajaran yang bermula dengan dengan satu situasi masalah.. situasi masalah ini biasanya berkaitan dengan dunia sebenar..  terdapat 3 komponen yang terdapat dalam PBL ini iaitu masalah, fasilitator dan penyelesai masaLah..  kebiasaannya dalam pendidikan kini guru yang menjadi fasilitator yang akan memberi bimbingan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut,bukan guru sebagai penyelesai masalah.. proses ini barulah akan membentuk satu proses pembelajaran bagi pelajar.. pembelajaran yang berdasarkan masalah..
    Lepas diterangkan oleh Dr Nurul tentang PBL ini.. saya dan kawan-kawan diberi pengalaman merasai pembelajaran berteraskan  PBL ini.. kami diberi satu soalan dalam kumpulan masing-masing.. soalan tersebut mengenaikan topik power and energy.. lepas membaca soalan tersebut kami dapat mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan----miss long hair or miss physics need pay more?? soalan inilah yang menimbulkan tanda tanya kepada kami “nk tau camne nie??” hehe..  dengan menggunakan panduan langkah-langkah dibawah kami berbincang bagaimana ingin menyelesaikannya:--


    Langkah-langkah dalam proses PBL

    Kemudian kami dapat idea untuk menyelesaikan masalah yang timbul.. iaitu kami perlu mengetahui jumlah 1 unit elecktrik dan kadar tenaga bagi setiap peralatan elektrik yang terdapat dalam masalah ini.. tujuan yer adalah untuk menukarkan power kepada energy E=Pt.. selepas mencari semua maklumat yang diperlukan melalui internet, kami mengira energy yang digunakan oleh Miss long hair dan Miss physics.. akhirnya kami dapat mengenalpasti siapa yang perlu membayar bil elektrik lebih.. apabila sesi perbentangan dari beberapa kumpulan tentang pengiraan meraka,terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang kos yang dikira.. ini disebabkan oleh perbezaan power rating setiap peralatan elektrik, mungkin kami mencari jenis peralatan atau jenama yang berbeza.. untuk mendapat jawapan yang tepat kami perlu mengenalpasti power rating peralatan elektrik yang betul atau dengan lihat terus di label peralatan elektrik tersebut..

    Saya dapat simpulkan disini bahawa PBL merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang menarik.. hal ini kerana pelajar yang mencari dan menyelesaikannya sendiri dengan bantuan guru sebagai fasilitator.. dan ini merupakan proses pembelajaran yang aktif dan dapat meningkatkan daya fikiran pelajar.. saya sendiri yang mengalami proses pembelajaran ini merasakan ia sesuatu pembelajaran yang menggembirakan dan tidak mengantuk dari menerima semua dari guru.. hehe

     end~