Tuesday 22 November 2011

pembelajaran koperatif

Apa itu pembelajaran koperatif?? pembelajaran koperatif adalah satu keadah pengajaran yang memerlukan pelajar dari pelbagai kebolehan untuk bekerjasama dalam satu kumpulan untuk mencapai satu matlamat yang sama... 


Terdapat 5 prinsip dalam pembelajaran koperatif iaitu;

  • saling bergantungan secara positif~setiap ahli kumpulan mempunyai tanggungjawab memberi pendapat dan bekerjasama
  • tanggungjawab individu~diri tanggungjawab terhadap kumpulan 
  • kemahiran sosial
  • interaksi bersemuka
  • pemprosesan kumpulan




    Terdapat 6 teknik dalam kaedah pembelajaran koperatif ini:

    • JIGSAW
    • TAI ( Team Accelerated Instructor )
    • GI ( Group Investigation )
    • TGT ( Team Games tournament )
    • STAD ( Student Teams Achievement Divisions )
    • Numbered head together



    Hari ini, saya dan rakan sekelas diberi pendedahan menjalani pembelajaran koperatif menggunakan teknik JIGSAW dan Numbered Head Together. 

    Mula-mula kami menjalankan teknik JIGSAW. teknik ini dimulakan dengan membuat kumulan kecil iaitu seramai 5 orang setiap kumpulan. kumpulan ini dinamakan kumpulan ASAL.. kumpulan ASAL dipecahkan dengan membentuk kumpulan lain yang dinamakan kumpulan PAKAR mengikut nombor yang telah disusun iaitu 1-5.. saya telah berada dalam kumpulan pakar 5.. kami telah diberikan topik masing-masing mengikut kumpulan PAKAR iaitu mencari teknik pembelajaran koperatif yang telah ditetapkan dan pakar dalam teknik tersebut... kumpulan saya membincangkan tentang teknik Numbered Head Together... setiap ahli kumpulan memberi peranan dalam mencari tentang teknik ini dan bekerjasama memberi pendapat... setelah semua ahli kumpulan mencapai matlamat memahami teknik yang diberikan dan sudah pakar.. kemudian kami diarahkan balik ke kumpulan ASAL untuk menerangkan kepada ahli kumpulan tentang teknik yang telah mereka pakar td....


    Kumpulan asal saya telah membincangkan 5 teknik di atas kecuali JIGSAW(kerana teknik JIGSAW ialah apa yang kami alami ketika itu). Setiap ahli menerangkan teknik yang mereka telah pakar.. 


    Bermula dengan teknik TAI.. apa yang telah saya paham daripada penerangan ahli kumpulan ASAL saya, teknik TAI dimulakan dengan guru memberi kuiz kepada setiap pelajar(jawab secara individu) dan penilaian markah dilakukan. kemudian guru akan membuat kumpulan tetapi tidak mengikut kategori markah paling banyak atau sikit, ahli kumpulan terdiri daripada pelbagai tahap. Pelajar akan berbincang dalam kumpulan soalan kuiz yang tadi dan kemudian guru memberi soalan kuiz untuk menguji kefahaman pelajar sekali lagi.. 


    Teknik GI pula ialah group investigation. Terdapat 4 komponen asas dalam teknik ini iaitu investigation(menyelesaikan masalah apabila diberi topik), interaction(berbincang dengan ahli kumpulan bagaimana ingin menyelesaikannya), interpretation(berbincang dengan lebih terperinci) dan instrinsic motivation(dorongan antara ahli kumpulan~semangat berkumpulan). 


    Teknik TGT... Selepas diterangkan oleh ahli kumpulan saya baru saya paham  bagaimana taknik TGT ini dilakukan. Teknik ini dimulakan apabila berada di dalam kelas, guru membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan dan pelajar diberikan soalan. Guru akan menilai jawapan pelajar yang dijawab secara individu itu. kemudian pembentukan kumpulan lain dibuat mengikut mata yang diperoleh pelajar tadi(kumpulan mengikut tahap pelajar). Guru akn memberi soalan lagi bagi kumpulan yang baru ini. setelah selesai sahaja menjawab kuiz tadi, pelajar akan kembali kepada kumpulan asal. Seterusnya, pelajar akan dinilai dengan menambahkan setiap markah yang diperoleh pelajar kepada kumpulan asal mereka.


    Teknik STAD pula dimulakan ketika proses P&P guru memastikan pelajar paham apa yang diterangkan kemudian membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. dalam kumpulan pelajar diminta berbincang semula mengenai topik yang telah dipelajari tadi.. guru akan memberi kuiz kepada pelajar(jawab individu) dan kemudian guru akan membuat penilaian dengan mengira skor markah(purata markah dalam kumpulan). setalah itu, guru akan bandingkan markah setiap kumpulan. markah yang paling tinggi mendapat ganjaran...

    Setelah membincangkan teknik-teknik ini di dalam kumpulan ASAL, Dr nurul menaksir kefahaman kami menggunakan teknik Numbered Head Together.. Dr Nurul memanggil pelajar mengikut nombor yang disusun pd awal td untuk menjawab soalan yang ditanya.. mata akan diberikan mengikut kefahaman mereka.. mata kumpulan yang paling tinggi diberi markah bonus dalam ujian 1... malang sekali kumpulan saya tidak berjaya mendapat markah bonus tersebut.. huhu.. 


    teruskan usaha=))


    No comments:

    Post a Comment