Thursday, 3 November 2011

PBL~crossed circuit

Minggu ke 8

Isnin 
Pada pembelajaran KPD pada hari ini, saya telah didedahkan dengan PBL.. mst  ramai yang sudah biasa dengar dengan isitilah ini kn?? PBL dalam bahasa panjang yer adalah Problem Based Learning (PBL)..  apakah itu PBL?? PBL adalah satu jenis pembelajaran yang bermula dengan dengan satu situasi masalah.. situasi masalah ini biasanya berkaitan dengan dunia sebenar..  terdapat 3 komponen yang terdapat dalam PBL ini iaitu masalah, fasilitator dan penyelesai masaLah..  kebiasaannya dalam pendidikan kini guru yang menjadi fasilitator yang akan memberi bimbingan kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut,bukan guru sebagai penyelesai masalah.. proses ini barulah akan membentuk satu proses pembelajaran bagi pelajar.. pembelajaran yang berdasarkan masalah..
Lepas diterangkan oleh Dr Nurul tentang PBL ini.. saya dan kawan-kawan diberi pengalaman merasai pembelajaran berteraskan  PBL ini.. kami diberi satu soalan dalam kumpulan masing-masing.. soalan tersebut mengenaikan topik power and energy.. lepas membaca soalan tersebut kami dapat mengenalpasti masalah yang perlu diselesaikan----miss long hair or miss physics need pay more?? soalan inilah yang menimbulkan tanda tanya kepada kami “nk tau camne nie??” hehe..  dengan menggunakan panduan langkah-langkah dibawah kami berbincang bagaimana ingin menyelesaikannya:--


Langkah-langkah dalam proses PBL

Kemudian kami dapat idea untuk menyelesaikan masalah yang timbul.. iaitu kami perlu mengetahui jumlah 1 unit elecktrik dan kadar tenaga bagi setiap peralatan elektrik yang terdapat dalam masalah ini.. tujuan yer adalah untuk menukarkan power kepada energy E=Pt.. selepas mencari semua maklumat yang diperlukan melalui internet, kami mengira energy yang digunakan oleh Miss long hair dan Miss physics.. akhirnya kami dapat mengenalpasti siapa yang perlu membayar bil elektrik lebih.. apabila sesi perbentangan dari beberapa kumpulan tentang pengiraan meraka,terdapat beberapa perbezaan pendapat tentang kos yang dikira.. ini disebabkan oleh perbezaan power rating setiap peralatan elektrik, mungkin kami mencari jenis peralatan atau jenama yang berbeza.. untuk mendapat jawapan yang tepat kami perlu mengenalpasti power rating peralatan elektrik yang betul atau dengan lihat terus di label peralatan elektrik tersebut..

Saya dapat simpulkan disini bahawa PBL merupakan salah satu kaedah pembelajaran yang menarik.. hal ini kerana pelajar yang mencari dan menyelesaikannya sendiri dengan bantuan guru sebagai fasilitator.. dan ini merupakan proses pembelajaran yang aktif dan dapat meningkatkan daya fikiran pelajar.. saya sendiri yang mengalami proses pembelajaran ini merasakan ia sesuatu pembelajaran yang menggembirakan dan tidak mengantuk dari menerima semua dari guru.. hehe

 end~

No comments:

Post a Comment