Friday, 28 October 2011

minggu ke-7

Minggu ini kami meneruskan pembelajaran mikropengajaran… iaitu mengenai kemahiran menerang, memperkukuh dan menutup pengajaran.. banyak perkara baru yang saya dapat.. kemahiran-kemahiran ini amat penting kepada guru dan bakal guru..


 meh saya cite kn tentang kemahiran tersebut yeaa..

Dalam kemahiran menerang..kami membincangkan tentang tujuan,jenis, komponen dan prinsip-prinsip  yang terdapat dalam kemahiran menerang ini.. seperti yang kita ketahui tujuan yer adalah untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan serta membina pengetahuan dan kefahaman pelajar.. terdapat 3 jenis kemahiran menerang iaitu penaakulan(logik), interpretatif(menghuraikan maksud sesuatu istilah) dan diskriptif(menghuraikan proses)..

Prinsip kemahiran menerang
-          Gunakan kejelasan~fokuskan kepada sesuatu perkara yang mudah untuk diterangkan
-          Gunakan penegasan~intonasi berbeza
-          Urutan/kesinambungan~induktif/deduktif, prompt
-          Dapatkan maklum balas~libatkan pelajar

Kemahiran memperkukuh pula tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar serta meningkatkan interaksi bilik darjah..  antara komponen kemahiran memperkukuh adalah penggunaan bahasa lisan(bagus,tepat sekali, baik),penggunaan tindakan bukan lisan(senyum,angkat ibu jari,tepuk belakang), penggunaan ganjaran(lawatan,membuat projek, permainan) dan akhir sekali penggunaan jawapan pelajar(struktur semula jawapan pelajar,ulang)..

Prinsip kemahiran memperkukuh
-          Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
-          Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
-          Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
-          Bersifat ikhlas

Kemahiran menutup pengajaran..

· Aspek Kognitif
-          Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
-          Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
-          Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
-          Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
-          Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

·         Aspek Sosial
-          Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa

Banyak lagi kemahiran-kemahiran yang lain tapi kami hanya memfokuskan kepada kemahiran yang boleh diaamalikan serta dipraktiskan oleh saya dan kawan-kawan di dalam kelas.. pembelajaran tentang mikropengajaran ini betul-betul membuka mata saya betapa beratnya tugas seorang guru…

belajar untuk mengajar=))


sekiaN~~

No comments:

Post a Comment