Thursday, 6 October 2011

refleksi

salam semua~~

Hari ini saya nak kongsi serba sedikit apa yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan project based learning(PjBL) ini.. seperti yang anda ketahui blog ini dibuat khusus untuk subjek KPD3016.. segala pembelajaran di dalam kelas KPD3016 sepanjang 4 minggu serta tugasan PjBL tentang tenaga nuklear semua telah saya kongsi disini.. 

Seperti yang anda sedia maklum, tugasan PjBL saya yang bertajuk Relevankah Tenaga Nuklear dibina Di Malaysia?? telah pon selesai... Banyak perkara saya dapat sepanjang melibatkan diri dengan PjBL.. salah satunya ialah saya lebih kreatif dalam pembelajaran.. haaa camne 2???hehe... dengan wujudnya blog dan wikispaces saya jadi lebih kreatif dan celik IT.. serta dapat berkongsi pengetahuan dengan lebih kreatif .. sebelum nie habis jew kelas tutup buku,klau bkak pon sbb esok ada kuiz... opsss...hahaha.. dengan adanya blog subjek nie,saya boleh berkongsi cerita tentang pembelajaran di dalam kelas dan secara langsung saya juga turut dapat mengingati apa yang telah dipelajari... saya juga sudah pandai menggunakan wikispaces untuk berbincang dan berkongsi pendapat disana.. 

Dalam menjayakan 2 event besar PjBL ini saya dapat meningkatkan banyak kemahiran terutamanya kemahiran berinteraksi dengan orang ramai .. memandangkan kumpulan saya melihat dari perspektif 'public' kami mengkaji pandangan orang ramai tentang tenaga nuklear ini.. dan hal ini memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan.. secara langsung, ia meningkatkan kemahiran komunikasi saya.. 

Selain itu, saya dan ahli kumpulan juga dapat belajar cara berurusan dengan orang yang berjawatan tinggi menemuramah dan juga melalui emel untuk mendapat pandangan mereka tentang tenaga nuklear di Malaysia.. pelbagai pendapat dan pandangan kami peroleh.. ada yang bersetuju dan ada yang memberi pandangan negatif..

Disebabkan pelbagai pandangan saya peroleh,  saya dan ahli kumpulan membuat keputusan sama ada ingin bersetuju atau tidak tenaga nuklear ini dengan menggunakan "rubric making decision" yang kami pelajari dalam kelas.. dan ini merupakan perkara baru dalam pembelajaran saya.. ternyata dengan menggunakan kaedah ini kami lebih mudah untuk membuat keputusan... melalui kaedah ini,saya dapat pengalaman membuat keputusan dengan betul dan lebih teliti..

Di samping itu, perdebatan dan seminar juga memberi pengalaman yang bermanfaat kepada saya.. Pengalaman melihat budak-budak fizik berhujah mempertahankan pihak masing-masing.. baru saya tahu kawan-kawan saya ada bakat terpendam rupanya.. hehehe.. dan ini merupakan keadah pembelajaran yang agak menarik kerana ia memupuk daya saing yang sihat dengan memberi idea dan pandangan masing-masing.. 

saya juga dapat pengalaman menganjurkan seminar.. ia bukan perkara yang mudah ok.. tanpa kerjasama antara rakan-rakan sekelas seminar ini tidak boleh berjalan dengan lancar.. thumb up to my classmate=)) klau ada kelemahan sekalipon ia akan menjadi panduan dalam menjayakan event yang lain.. we learn from the mistakes=))

sekian....................

No comments:

Post a Comment