Assalamualaikum(",)
Sudah 2 hari saya tak update blog... hari-hari yang amat sibuk.. huhuhu.. tapi alhamdulillah semuanya dah selesai... amin=)) i like... hehe..
Hari nie saya nak cerita pasal perdebatan dalam kelas pada hari isnin dan event besar KPD3016 AT12 iaitu seminar yang berlangsung semalam.. kira saya cerita 2 in 1 laa yeaa.. hihihii..
Perdebatan- relevenkah tenaga nuklear di Malaysia??
perdebatan ini dijalankan di dalam kelas pada hari isnin 3hb oktober 2011 amatlah mantap.. xsangka pulak yer budak fizik leh berdebat... hahaha.. kami berdebat tentang relevankah tenaga nuklear dibina di Malaysia?? perdebatan nie antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang tenaga nuklear.. masing-masing tegas dengan hujah mempertahankan idea mereka.. perdebatan ini dimulakan dengan pihak kerajaan mengutarakan krisis minyak dan gas asli di Malaysia dan menerangkan serba sedikit tentang kebaikan tenaga nuklear..
pihak pembangkang tidak bersetuju dengan tenaga nuklear kerana mereka tidak mahu negara kita menerima sebarang risiko kemalangan pada loji nuklear reaktor ini.. mereka tegas dengan hujah dan idea meraka.. mereka juga mencadangkan tenaga hidro dijadikan sebagai tenaga utama di negara kita dengan memberi contoh empangan bakun.. cara mereka berbahas banyak mempengaruhi ahli dewan..
namun begitu pihak kerajaan juga tidak mendiamkan diri dengan memberi pembangkang mendominasikan perbahasan tersebut.. pihak kerajaan mempertahankan hujah mereka dengan mengutarakan fakta-fakta tentang kebaikan tenaga nuklear terutamanya tenaga nuklear merupakan tenaga bumi hijau(tidak menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan pemanasan global)
perdebatan ini bertambah hangat dengan soal jawab di antara ahli dewan.. dan akhirnya disudahi dengan kesimpulan kedua-duanya adalah pemenang=))
Seminar-Malaysia dan Nuklear
kami menganjurkan satu seminar tentang Malaysia dan nuklear iaitu relevankah tenaga nuklear di Malaysia??seminar ini merupakan kemuncak projek based learning kami tentang tenaga nuklear..seminar ini berlangsung semalam pada 4hb oktober 2011 di auditorium Utama pada pukul 8.30 pagi.. Penceramah jemputan ialah Encik Fairus dari Agensi Nuklear Malaysia. Ceramah beliau amatlah menarik iaitu tentang nuklear di Malaysia. Beliau ada memetik fakta dari berita harian yang mengatakan "tenaga yang boleh diperbaharui tidak mampu menampung tenaga di Malaysia"... beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton..
selepas ceramah tersebut.. perbentangan dari kumpulan AT12 dijalankan sehingga pukul 1 tengah hari.. perbentangan tentang tenaga nuklear dan dapatan kajian setiap kumpulan..
alhamdulillah semua yer berjalan dengan lancar=))
p/s~~ trima kasih kpd semua budak AT12... apa yang penting?? kerja---sama=))
Harrah's Casino - MapyRO
ReplyDeleteAddress: 3425 S.W. 과천 출장안마 Las Vegas Blvd; 파주 출장안마 Las 군산 출장샵 Vegas, NV 창원 출장마사지 89109. Phone: (702) 770-7877 포항 출장샵 Website: http://www.harrahscasino.com/