Tuesday, 27 September 2011

kemahiran saintifik

Hari ini, kelas KPD3016 berjalan seperti biasa.. kami telah membincangkan tentang "science process skill".. Science process skills is enable to formulate their question and find out with sistematically... dalam bahasa mudah yer kemahiran sainstifik ialah kemahiran menjalankan sains..

mari kita sama-sama lihat, kemahiran yang terdapat di dalam kemahiran proses sains ini~

1. Pemerhatian (observing)
  • Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena

2. Mengelas (classifying)
  • Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.


3. Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.


4. Membuat inferens (inferring)
  • menerangan kepada pemerhatian.
  • Membuat kesimpulan awal yang logik yang mungkin benar atau tidak benar untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa.
  • kena ada kerana dalam sesuatu inferens yang menerangkan pemerhatian


5. Meramal (predicting)
  • Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
  • berdasarkan data.


6. Berkomunikasi (communicating)
  • Kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat atau idea dalam pelbagai bentuk.
  • Mempersembahkan idea dalam pelbagai bentuk seperti secara lisan, graf, jadual atau gambar rajah.


7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.


8. Mentafsir data (interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.


9. Mendefinisi secara operasi (defining operationally)
  • Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep atau keadaan dengan menyatakan perkara yang perlu dilakukan dan diperhatikan.
  • Menggunakan cara yang boleh memberikan satu nilai bernombor untuk tentukan sesuatu konsep.


10. Mengawal pembolehubah (controlling variables)
  • Mengenal pasti pemboleh ubah dan menghubung kait.


11. Membuat hipotesis (hypothesising)
  • Proses menyatakan satu kenyataan umum yang difikirkan benar berdasar inferens untuk menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.


12. Membuat eksperimen (experimenting)
  • Kebolehan melaksanakan prosedur untuk menguji sesuatu hipotesis.


Selepas itu, Dr nurul menerangkan tentang kurikulum, pengetahuan, tabii sains dan teras pengetahuan guru. Pelbagai pengertian kurikulum dan pengetahuan dirungkaikan.. bukan itu sahaja, kami juga membincangkan apa itu facts, laws dan theory... 

facts~perkara yang berulang tapi belum tahu kesahihannya
law~ hukum perihal
theory~ada bukti yang sokong(jelaskan)

kami juga telah diberi kuiz tentang nature of sciece.. amat-amat menarik.. baru saya sedar tahap pengetahuan am sains saya agak kurang.. banyak perkara dan info saya dapat melalui kuiz ini.. salah satunya~~

we can't prove the concept in science because it always changed

positif tentang tenaga nuklear

Salam semua(",)

Memandangkan line tenet cam kura2 jalan terpaksa laa saya berjaga malam... huhuhu.. malam nie saya nk berkongsi tentang kebaikan tenaga nuklear... kumpulan saya belum lagi membuat keputusan sama ada ingin bersetuju atau tidak--->wajarkah pembinaan tenaga nuklear di malaysia pada bahas yang akan dilaksanakan minggu hadapan.. Jadi, mari kita mengkaji dan lihat dari kesemua aspek.. tempoh ari saya telah memberi pandangan banyak kearah tidak bersetuju kn dalam post questions drive thinking.. namun lepas membaca saya mendapati tenaga nuklear juga banyak kebaikannya.. 

Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia juga bimbang terhadap kesan radioaktif daripada nuklear reaktor yang dapat membahayakan kesihatan. Namun, jika kita hendak mengambil kira kesan radioaktif, kita sememangnya tahu bahawa radioaktif wujud di mana2 sahaja di dalam kehidupan seharian kita. Sebagai contoh penggunaan telefon bimbit, televisyen, internet(wireless) dan lain-lain lagi.


radiasi

Sekiranya logi nuklear ingin dibangunkan di Malaysia, ia akan dibina di kawasan jauh dari penempatan rakyat sebagai contoh berhampiran laut dan pulau. Ini kerana logi Nuklear memerlukan jumlah air yang banyak untuk tujuan penyejukan. Di Jepun, logi nulear dibina berhampiran dengan bandar dan tidak dibimbangi kerana rakyat Jepun tahu bahawa Nuklear penting untuk pembangunan negara.

Tenaga nuklear sebenarnya mampu menjana tenaga elektrik lebih daripada penjanaan daripada pembakaran arang batu. Kelebihan inilah yang menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk membangunkan tenaga nuklear bagi kegunaan domestik di negara masing-masing. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam melakukan kajian untuk pembangunan ini. Secara teorinya, satu gram atom Uranium(U-235) dapat menghasilkan tenaga sehingga 1 MW. sebaliknya jika arang batu digunakan, kita memerlukan 2500 tan metrik arang batu sehari bagi menghasilkan tenaga sebanyak 1MW. Cuba anda bayangkan berapa banyak gas karbon dioksida dilepaskan? Sememangnya, kos pembangunan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik sangat tinggi. Namun, ia merupakan salah satu alternatif yang terbaik dalam menggantikan arang batu.

Kadar penghasilan gas rumah hijau atau karbon (carbon burden) oleh tenaga nuklear jauh lebih rendah. Keseluruhan rantaian bagi penjanaan kuasa nuklear (production chain) daripada perlombongan uranium sehingga kepada pelupusan sisa nuklear hanya menghasilkan di antara 1 hingga 6 g karbon bagi setiap kilowatt-jam elektrik dan berjaya mengurangkan kira-kira 8% daripada jumlah penghasilan karbon dioksida dunia, iaitu jauh lebih rendah daripada aktiviti penghasilan tenaga lain.

Seperti yang anda sedia maklum, penghasilan karbon yang tinggi telah menyebabkan pemanasan global yang menyebabkan penipisan lapisan ozon yang boleh menyebabkan kanser kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari. Kita juga lupa bahawa pemanasan global akibat daripada karbon ini telah menyebabkan peningkatan paras air laut akibat pencairan ais di kutub yang menyebabkan kawasan daratan semakin diliputi air atau tenggelam.


p/s~i'm getting confused to make decision right now... 

Monday, 26 September 2011

objektif,matlamat dan hasil pembelajaran

assalamualaikum~~~

Kesempatan ini,saya ingin mengupdate serba sedikit pembelajaran pada hari ini.. hari ini saya belajar tentang apa itu perbezaan di antara matlamat dan objektif pembelajaran.. banyak perkara dan pengetahuan baru saya dapat dalam kelas tadi.. yang sangat berguna terutamanya untuk 2 thun akan datang.. insyaallah=))

mari kita lihat apa itu perbezaannya!!

Objektif adalah sesuatu yang lebih jelas dan dapat dicapai dalam jangka masa pendek. Ia lebih berstruktur dan konkrit dan ia ke arah mencapai sesuatu matlamat. Manakala matlamat pula ialah hasrat jangka panjang yang hendak dicapai dan kurang berstruktur. 

Selepas itu, kami membincangkan mengenai hasil pembelajaran(learning outcomes).. Hasil pembelajaran ialah suatu penyataan yang menetapkan apa yang ingin dicapai di akhir pembelajaran . Ia berbeza dengan objektif pembelajaran~~~

objektif pembelajaran lebih am daripada hasil pembelajaran yang lebih khusus.


Terdapat 3 domain dalam hasil pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pengetahuan,nilai dan sikap serta kemahiran... 

5 komponen yang perlu dilihat dalam menulis hasil pembejaran:
  • frasa merujuk kepada kumpulan sasaran
  • kata kerja aktif ( boleh diukur, boleh diperhati dan spesifik)
  • objek bagi kertas kerja
  • konteks/keadaan
  • standard/kriteria


    contoh hasil pembelajaran~

    di akhir pembelajaran pelajar dapat:
    -mendefinisi had laju menggunakan perkataan sendiri dengan tepat


    itu sahaja pada kali nie.. selamat mencuba... see u in the next entry=)) 

    Thursday, 22 September 2011

    model pengajaran~

    Assalamualaikum dan salam sejahtera.. alooopzz sape2 y ter----baca=)) memandangkan hari nie ada kelas gnti KPD3016 jadi saya ingin meng-update serba sedikit pembelajaran di dalam kelas pada pagi tadi.. okait kita mulakan dengan bismillah,hehe... 

    Hari ini saya didedahkan dengan model intruksi dan pengajaran... apakah yang anda paham tentang model intruksi dan pengajaran ini??? yang pasti mesti ada kaitan dengan teori-teori pendidikan kan.. jom kita memahami apakah itu definisi model pengajaran terlebih dahulu..

    model pengajaran~struktur dan susunan untuk memudahkan proses pengajaran

    Maksudnya model pengajaran ini dibina untuk memudahkan proses pengajaran supaya pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu pembelajaran yang disampaikan. Model pengajaran ini berkait rapat ngn teori pembelajaran seperti teori behavioris,kognitivis,humanis,sosialis dan lain-lain.. 

    Dalam pemblejaran pada pagi nie, Dr nurul meminta kami membincangkan tentang teori pembelajaran konstruktivis dan membina model pengajaran..


    Teori Konstruktivisme

    Prinsip-prinsip Konstruktivisme 

    1. Pengetahuan dibina pelajar.

    2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
    3. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman. 

    4. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.

    5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.

    6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
    7. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
    8. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.

    model konstruktivisme 5- Fasa 

    BilFasaTujuan/KegunaanKaedah
    IOrientasiMenimbulkan minat dan menyediakan suasanaAmali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar
    IIPencetusan IdeaSupaya murid dan guru sedar tentang idea terdahuluAmali, perbincangan dalam kumpulan kecil, dan laporan
    IIIPenstrukturan semula idea




    i. Pernjelasan dan pertukaran

    ii. Pendedahan kepada situasi konflik

    iii. Pembinaan idea baru

    iv. Penilaian
    Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik.

    Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.
    Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri
    Menguji kesahan idea-idea sedia ada

    Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea
    Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina




    Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan



    Perbincangan, pembacaan, input guru.
    Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru
    IVPenggunaan ideaPengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasaPenulisan sendiri kerja projek
    VRefleksiMenyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah.Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain.

    that all for today(",) 


    Tuesday, 20 September 2011

    teknik KWHL

    Assalamualaikum(",)

    Cepat yer masa berlalu dah minggu ke-2 sesi kuliah berlangsung.. Dalam kelas KPD3016 pada pagi ini, saya telah belajar tentang pembelajaran inkuiri yang dimulakan dengan persoalan mengenai pendidikan, pembelajaran, pengajaran, instruksi, teknologi dan penaksiran. Kami diminta untuk memberi pengetahuan yang sedia ada mengenai topik-topik di atas.. amat memeningkan kepala gak laa...huahua

    kemudian dr nurul memperkenalkan teknik utama dalam pembelajaran inkuiri ini iaitu tenik KWHL. Teknik ini digunakan sebagai 'advance organizer' yang bermaksud membantu pembelajar menghubungkan maklumat baru yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada supaya pembelajaran lebih menarik dan bermakna. JOm saya memperkenalkan cmne itu teknik KWHL!!!

    Inilah rupa yer~~~

    What you Know
    What you Want to know
    How to find out
    What you Learned










    Pembelajaran semakin menarik apabila kami dibahagikan kepada kumpulan kecil. 
    Selepas itu, diminta untuk mengisi 3 lajur pertama dalam jadual diatas dan membina carta alir untuk menunjukkan perkaitan antara pendidikan,pembelajaran,pengajaran,intruksi,teknologi dan penaksiran dan kemudian menghantar wakil untuk membentangkan yer di hadapan kelas.

    Setelah semua perbentangan selesai kami telah membuat kesimpulan tentang definisi yang betul mengenai persoalan-persoalan tersebut. Dan kemudian kami diminta untuk mengisi lajur terakhir di dalam jadual iaitu What you learned.. akhirnya inilah jadual yang saya dapat..          

                                                   tadaaaaaaa~~~~

    What you Know
    What you Want to know
    How to find out
    What you Learned
    Pendidikan-proses pengajaran dan pembelajaran sama ada formal,informal dan non formal.

    Pembelajaran- merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran

    Pengajaran- sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama guru dan muridnya

    Instruksi- proses membimbing pelajar dgn memberi arahan

    Teknologi- medium pemudahcara untuk mencari sumber yang boleh membantu proses P&P

    Penaksiran- mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan mereka dpt lakukan
    Apakah definisi yang tepat

    Apakah kaitan antara kesemua aspek ini dalam sistem pendidikan di sekolah

    Cara untuk menjalankannya di dalam kelas
    Pensyarah


    Internet


    Buku


    Pembelajaran di dalam kelas
    Pendidikan-konsep yang paling luas yang merupakan usaha yang berterusan untuk membina modal insan.

    Pembelajaran- merupakan proses memperolehi dan membina ilmu pengetahuan dan kemahiran

    Pengajaran- berpusat pada guru secara langsung untuk membantu pembelajaran

    Instruksi- proses pemudah cara pembelajaran ke  arah menyampai objektif

    Teknologi- medium pemudahcara untuk mencari sumber yang boleh membantu proses P&P

    Penaksiran- mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan mereka dpt 
    lakukan









































    p/s~arap2 paham laa yer... see u in the next entry... sekian=))

    Saturday, 17 September 2011

    questions drive thinking

    Hari ini saya ingin mengajak anda-anda sekalian mengasah sedikit neuron otak(",) 

    Persoalan yang ingin saya utarakan pada pagi nie ~wajarkah penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga baru di negara kita??? seperti yang kita ketahui(opss seperti yang baru saya ketahui spatut yer),apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak isu yang selalu diperkatakan ialah kenapa negara kita tidak menggunakan tenaga nuklear??

    Setiap sesuatu perkara mst ada keburukan dan kebaikan yer kan.. bagi saya negara kita masih mempunyai alternatif tenaga lain seperti tenaga solar,tenaga biomass,empangan hidro dan beberapa tenaga yang boleh diperbaharui yang lain. buat apa kita memeningkan tentang perkara yang kita tahu risiko yer amatlah tinggi.. adakah kita sanggup negara kita menjadi seperti chernobyl??


    Bukan itu sahaja kita juga akan ada masalah dengan penempatan loji tenaga nuklear yang perlu dipilih dengan betul bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal timbul kelak seperti masalah kebocoran radiasi serta kesan kepada penduduk.


    Selain itu, pelupusan sisa nuklear dan radioaktif perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah pencemaran yang akan menggugat kesihatan penduduk negara, selain pengurusan pembuangan sisanya harus mengikut prosedur yang ditentukan.

    Apa-apapun, terpulang kepada pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Segala baik dan buruk penggunaan tenaga nuklear haruslah dikaji terlebih dahulu daripada akar umbi kerana banyak lagi tenaga lain yang boleh kita gunakan.

    =))


    Wednesday, 14 September 2011

    2nd class

    Pada kelas KPD3016 semalam,banyak perkara baru yang saya belajar.. saya didedahkan dengan apa itu penaksiran?? Penaksiran bermaksud proses mengumpul data tentang apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh lakukan.. penaksiran berkait rapat dengan keadah pengajaran.. dalam pengajaran guru harus pelbagaikan keadah pengajaran.. terdapat 2 kategori menaksiran iaitu assessment for learning dan assessment of learning..

    selain itu,saya dah ahli kumpulan juga telah didedahkan dengan wikispaces.. kami telah membuat akaun wikisaces kumpulan yang dinamakan missworldphysics~~ jom sama-sama berkongsi pendapat di page kami..hehehe..

    bye!!

    Tuesday, 13 September 2011

    persoalan~my opinion

    selamat datang kembali yeaa adk kakak n tuan puan sekalian.. hehehe.. seperti y dijanjikan saya akan berkongsi pendapat saya tentang persoalan pada entry yang lepas.. persoalan yang berbunyi:

    How is life without energy?
    bagaimana hidup tanpa tenaga?? saya xboleh nak bayangkan kehidupan kita tanpa tenaga.. bagi saya xkan ada kehidupan tanpa tenaga.. nak tau kenapa?? sebab kehidupan kita sekarang semua bergantung pada tenaga terutamanya elektrik.. tenaga amat penting dalam sebuah kehidupan.


    How does energy shortage affect our life?
    - bagaimana kekurangan tenaga menjejaskan kehidupan kita?? bila berlakunya krisis kekurangan tenaga akan berlaku permintaan yang tinggi dan secara langsung akan meningkatkan kos sara hidup masyarakat.. dan ekonomi negara akan terjejas.. pembangunan juga tidak dapat dijalankan..


    What do you know about nuclear energy? Can it be the dominant energy source in Malaysia? 
    - tenaga nuclear adalah tenaga yang dihasilkan melalui process fission yang menggunakan uranium. tenaga nuclear dapat menghasilkan tenaga yang paling tinggi tetapi ada risiko tertentu.. klau di Malaysia,saya rasa nuclear energy tidak boleh memonopoli tenaga-tenaga di negara kita. Hal ini kerana kita masih mempunyai tenaga-tenaga yang lain seperti tenaga solar,tenaga biojisim,tenaga hidro dan sebagainya.. saya setuju dgn pendapat si lensa hati nie.. jom kita sama-sama melihat pendapat yer!!



    Monday, 12 September 2011

    think

    In the 1st class KPD3016,we had introduced with introduction of this subject.. Besides, Dr nurul told us about the tasks of project based learning that is about nuclear energy...

    What is nuclear energy?? many people do not know the detail about the nuclear energy right?? because of that i and my friend had given the task to make blog to share our opinion,get information and discuss about nuclear energy..

    the first questions in our class and in my blog are:
    - how is life without energy?
    - how does energy shortage affect our life?
    -what do you know about nuclear energy? can it be the dominant energy source in Malaysia? justify the answer


    Let's think together..  and i will share my opinion in the next entry.. 

    firstly

    Assalamualaikum(",)
    welcome to my blog...
    this blog is created for subject KPD3016 which stands for Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1..
    let's we see what i want to share in this blog=))