Saturday 17 September 2011

questions drive thinking

Hari ini saya ingin mengajak anda-anda sekalian mengasah sedikit neuron otak(",) 

Persoalan yang ingin saya utarakan pada pagi nie ~wajarkah penggunaan tenaga nuklear sebagai tenaga baru di negara kita??? seperti yang kita ketahui(opss seperti yang baru saya ketahui spatut yer),apabila berlaku krisis kenaikan harga minyak isu yang selalu diperkatakan ialah kenapa negara kita tidak menggunakan tenaga nuklear??

Setiap sesuatu perkara mst ada keburukan dan kebaikan yer kan.. bagi saya negara kita masih mempunyai alternatif tenaga lain seperti tenaga solar,tenaga biomass,empangan hidro dan beberapa tenaga yang boleh diperbaharui yang lain. buat apa kita memeningkan tentang perkara yang kita tahu risiko yer amatlah tinggi.. adakah kita sanggup negara kita menjadi seperti chernobyl??


Bukan itu sahaja kita juga akan ada masalah dengan penempatan loji tenaga nuklear yang perlu dipilih dengan betul bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang bakal timbul kelak seperti masalah kebocoran radiasi serta kesan kepada penduduk.


Selain itu, pelupusan sisa nuklear dan radioaktif perlu diambil kira bagi mengelakkan masalah pencemaran yang akan menggugat kesihatan penduduk negara, selain pengurusan pembuangan sisanya harus mengikut prosedur yang ditentukan.

Apa-apapun, terpulang kepada pihak kerajaan dalam menangani hal ini. Segala baik dan buruk penggunaan tenaga nuklear haruslah dikaji terlebih dahulu daripada akar umbi kerana banyak lagi tenaga lain yang boleh kita gunakan.

=))


No comments:

Post a Comment