Monday, 26 September 2011

objektif,matlamat dan hasil pembelajaran

assalamualaikum~~~

Kesempatan ini,saya ingin mengupdate serba sedikit pembelajaran pada hari ini.. hari ini saya belajar tentang apa itu perbezaan di antara matlamat dan objektif pembelajaran.. banyak perkara dan pengetahuan baru saya dapat dalam kelas tadi.. yang sangat berguna terutamanya untuk 2 thun akan datang.. insyaallah=))

mari kita lihat apa itu perbezaannya!!

Objektif adalah sesuatu yang lebih jelas dan dapat dicapai dalam jangka masa pendek. Ia lebih berstruktur dan konkrit dan ia ke arah mencapai sesuatu matlamat. Manakala matlamat pula ialah hasrat jangka panjang yang hendak dicapai dan kurang berstruktur. 

Selepas itu, kami membincangkan mengenai hasil pembelajaran(learning outcomes).. Hasil pembelajaran ialah suatu penyataan yang menetapkan apa yang ingin dicapai di akhir pembelajaran . Ia berbeza dengan objektif pembelajaran~~~

objektif pembelajaran lebih am daripada hasil pembelajaran yang lebih khusus.


Terdapat 3 domain dalam hasil pembelajaran iaitu kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan pengetahuan,nilai dan sikap serta kemahiran... 

5 komponen yang perlu dilihat dalam menulis hasil pembejaran:
  • frasa merujuk kepada kumpulan sasaran
  • kata kerja aktif ( boleh diukur, boleh diperhati dan spesifik)
  • objek bagi kertas kerja
  • konteks/keadaan
  • standard/kriteria


    contoh hasil pembelajaran~

    di akhir pembelajaran pelajar dapat:
    -mendefinisi had laju menggunakan perkataan sendiri dengan tepat


    itu sahaja pada kali nie.. selamat mencuba... see u in the next entry=)) 

    No comments:

    Post a Comment