Assalamualaikum(",)
Cepat yer masa berlalu dah minggu ke-2 sesi kuliah berlangsung.. Dalam kelas KPD3016 pada pagi ini, saya telah belajar tentang pembelajaran inkuiri yang dimulakan dengan persoalan mengenai pendidikan, pembelajaran, pengajaran, instruksi, teknologi dan penaksiran. Kami diminta untuk memberi pengetahuan yang sedia ada mengenai topik-topik di atas.. amat memeningkan kepala gak laa...huahua
kemudian dr nurul memperkenalkan teknik utama dalam pembelajaran inkuiri ini iaitu tenik KWHL. Teknik ini digunakan sebagai 'advance organizer' yang bermaksud membantu pembelajar menghubungkan maklumat baru yang ingin dipelajari dengan pengetahuan yang sedia ada supaya pembelajaran lebih menarik dan bermakna. JOm saya memperkenalkan cmne itu teknik KWHL!!!
Inilah rupa yer~~~
What you Know | What you Want to know | How to find out | What you Learned |
Pembelajaran semakin menarik apabila kami dibahagikan kepada kumpulan kecil.
Selepas itu, diminta untuk mengisi 3 lajur pertama dalam jadual diatas dan membina carta alir untuk menunjukkan perkaitan antara pendidikan,pembelajaran,pengajaran,intruksi,teknologi dan penaksiran dan kemudian menghantar wakil untuk membentangkan yer di hadapan kelas.
Setelah semua perbentangan selesai kami telah membuat kesimpulan tentang definisi yang betul mengenai persoalan-persoalan tersebut. Dan kemudian kami diminta untuk mengisi lajur terakhir di dalam jadual iaitu What you learned.. akhirnya inilah jadual yang saya dapat..
tadaaaaaaa~~~~
What you Know | What you Want to know | How to find out | What you Learned |
Pendidikan-proses pengajaran dan pembelajaran sama ada formal,informal dan non formal. Pembelajaran- merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran Pengajaran- sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama guru dan muridnya Instruksi- proses membimbing pelajar dgn memberi arahan Teknologi- medium pemudahcara untuk mencari sumber yang boleh membantu proses P&P Penaksiran- mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan mereka dpt lakukan | Apakah definisi yang tepat Apakah kaitan antara kesemua aspek ini dalam sistem pendidikan di sekolah Cara untuk menjalankannya di dalam kelas | Pensyarah Internet Buku Pembelajaran di dalam kelas | Pendidikan-konsep yang paling luas yang merupakan usaha yang berterusan untuk membina modal insan. Pembelajaran- merupakan proses memperolehi dan membina ilmu pengetahuan dan kemahiran Pengajaran- berpusat pada guru secara langsung untuk membantu pembelajaran Instruksi- proses pemudah cara pembelajaran ke arah menyampai objektif Teknologi- medium pemudahcara untuk mencari sumber yang boleh membantu proses P&P Penaksiran- mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan mereka dpt lakukan |
p/s~arap2 paham laa yer... see u in the next entry... sekian=))
No comments:
Post a Comment