Assalamualaikum dan salam sejahtera.. alooopzz sape2 y ter----baca=)) memandangkan hari nie ada kelas gnti KPD3016 jadi saya ingin meng-update serba sedikit pembelajaran di dalam kelas pada pagi tadi.. okait kita mulakan dengan bismillah,hehe...
Hari ini saya didedahkan dengan model intruksi dan pengajaran... apakah yang anda paham tentang model intruksi dan pengajaran ini??? yang pasti mesti ada kaitan dengan teori-teori pendidikan kan.. jom kita memahami apakah itu definisi model pengajaran terlebih dahulu..
model pengajaran~struktur dan susunan untuk memudahkan proses pengajaran
Maksudnya model pengajaran ini dibina untuk memudahkan proses pengajaran supaya pelajar lebih mudah untuk memahami sesuatu pembelajaran yang disampaikan. Model pengajaran ini berkait rapat ngn teori pembelajaran seperti teori behavioris,kognitivis,humanis,sosialis dan lain-lain..
Dalam pemblejaran pada pagi nie, Dr nurul meminta kami membincangkan tentang teori pembelajaran konstruktivis dan membina model pengajaran..
Teori Konstruktivisme
Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. Pengetahuan dibina pelajar.
2. Pemahaman dibentuk melalui analisis dan sintesis pengalaman lalu.
3. Refleksi membantu membentuk pengetahuan dan pemahaman.
4. Aktiviti pembelajaran menggabungkan 3 domain iaitu domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor.
5. Pelajar berperanan menentukan pembelajaran sendiri.
6. Hasilan pembelajaran adalah pelbagai dan sukar hendak dijangka.
7. Menyokong dan mencabar pemikiran seseorang pelajar.
8. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
8. Menggalakkan pelajar berfikir dan mencuba idea baru.
model konstruktivisme 5- Fasa
Bil | Fasa | Tujuan/Kegunaan | Kaedah |
I | Orientasi | Menimbulkan minat dan menyediakan suasana | Amali penyelesaikan masalah sebenar, tunjukcara oleh guru, tayangan filem, video dan keratan akhbar |
II | Pencetusan Idea | Supaya murid dan guru sedar tentang idea terdahulu | Amali, perbincangan dalam kumpulan kecil, dan laporan |
III | Penstrukturan semula idea i. Pernjelasan dan pertukaran ii. Pendedahan kepada situasi konflik iii. Pembinaan idea baru iv. Penilaian | Mewujudkan kesedaran tentang idea alternatif yang berbentuk saintifik. Menyedari bahawa idea-idea sedia ada perlu diubahsuai, diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih saintifik.Mengenalpasti idea-idea alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia ada sendiri Menguji kesahan idea-idea sedia ada Pengubahsuaian, pemgembangan atau penukaran idea Menguji kesahan untuk idea-idea baru yang dibina | Perbincangan dalam kumpulan kecil dan buat laporan Perbincangan, pembacaan, input guru. Amali, kerja projek, eksperimen, tunjukcara guru |
IV | Penggunaan idea | Pengukuhan kepada idea yang telah dibina dalam situasi baru dan biasa | Penulisan sendiri kerja projek |
V | Refleksi | Menyedari tentang perubahan idea murid. Murid dapat membuat refleksi sejauh manakah idea asal mereka telah berubah. | Penulisan kendiri, perbincangan kumpulan, catatan peribadi dan lain-lain. |
No comments:
Post a Comment