Friday, 28 October 2011

minggu ke-7

Minggu ini kami meneruskan pembelajaran mikropengajaran… iaitu mengenai kemahiran menerang, memperkukuh dan menutup pengajaran.. banyak perkara baru yang saya dapat.. kemahiran-kemahiran ini amat penting kepada guru dan bakal guru..


 meh saya cite kn tentang kemahiran tersebut yeaa..

Dalam kemahiran menerang..kami membincangkan tentang tujuan,jenis, komponen dan prinsip-prinsip  yang terdapat dalam kemahiran menerang ini.. seperti yang kita ketahui tujuan yer adalah untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang berkesan serta membina pengetahuan dan kefahaman pelajar.. terdapat 3 jenis kemahiran menerang iaitu penaakulan(logik), interpretatif(menghuraikan maksud sesuatu istilah) dan diskriptif(menghuraikan proses)..

Prinsip kemahiran menerang
-          Gunakan kejelasan~fokuskan kepada sesuatu perkara yang mudah untuk diterangkan
-          Gunakan penegasan~intonasi berbeza
-          Urutan/kesinambungan~induktif/deduktif, prompt
-          Dapatkan maklum balas~libatkan pelajar

Kemahiran memperkukuh pula tujuannya adalah untuk meningkatkan kefahaman pelajar serta meningkatkan interaksi bilik darjah..  antara komponen kemahiran memperkukuh adalah penggunaan bahasa lisan(bagus,tepat sekali, baik),penggunaan tindakan bukan lisan(senyum,angkat ibu jari,tepuk belakang), penggunaan ganjaran(lawatan,membuat projek, permainan) dan akhir sekali penggunaan jawapan pelajar(struktur semula jawapan pelajar,ulang)..

Prinsip kemahiran memperkukuh
-          Tunjukkan kemesraan, keghairahan/semangat kesungguhan, dan masukkan unsur kecindan
-          Berfikiran terbuka terhadap kelakuan pelajar
-          Pelbagaikan kaedah, media, teknologi dan aktiviti
-          Bersifat ikhlas

Kemahiran menutup pengajaran..

· Aspek Kognitif
-          Melihat semula/meperkukuh dan meringkaskan hasil pembelajaran
-          Menaksir kefahaman pelajar. Cuba jadikan pengakhiran pelajaran sesuatu yang tidak dapat dilupakan
-          Pelajar membuat refleksi ke atas apa dan bagaimana mereka belajar dan membuat kesimpulan
-          Membuat perkaitan dengan pelajaran akan datang
-          Memberi kerja rumah/pembacaan yang sesuai

·         Aspek Sosial
-          Nilai afektif: Perasaan mencapai kejayaan dan keseronokan pengalaman belajar. Cuba jadikan pelajar berasa apa yang mereka pelajari itu penting dan istimewa

Banyak lagi kemahiran-kemahiran yang lain tapi kami hanya memfokuskan kepada kemahiran yang boleh diaamalikan serta dipraktiskan oleh saya dan kawan-kawan di dalam kelas.. pembelajaran tentang mikropengajaran ini betul-betul membuka mata saya betapa beratnya tugas seorang guru…

belajar untuk mengajar=))


sekiaN~~

Saturday, 22 October 2011

kemahiran menyoal

Kelas pada hari selasa lepas, kami meneruskan pembelajaran pada hari isnin iaitu tentang kemahiran mikropengajaran..  sebelum nie telah selesai kemahiran memulakan pengajaran,hari ini saya telah didedahkan pula dengan kemahiran menyoal.. baru saya sedar kemahiran ini amat rumit dan memerlukan pengetahuan yang tinggi.. oowh sebab itulah orang selalu kata nak jadi guru perlu ada pengetahuan yang luas kan… huhuhu… kena rajin-rajinkan diri membacalah… dah sem 5 dah… cepat jew… dah laa pelajar-pelajar sekarang bukan mcm dulu.. IQ level makin tinggi…

menyoal pelajar adalah penting untuk memulakan inkuiri serta melibatkan pelajar secra aktif dalam proses pembelajaran dan menggalakkan pelajar bertanya soalan…. Terdapat 5 langkah dalam kemahiran menyoal ini iaitu:-

Langkah 1
- Ajukan soalan kepada seluruh kelas

Langkah 2
- Memberi masa berfikir yang sesuai(wait-time)
 Fikir jawapan yang telah diberikan oleh pelajar lain

Langkah 3
 Memilih pelajar untuk menjawab
 ---->Panggil nama

Langkah 4
Memberikan respon atau reaksi kepada jawapan pelajar
- Beri reaksi tanpa mengadili jawapan pelajar
- Bagi galakan jika pelajar tidak boleh menjawab(prompting)..
contoh—klu
- Tanya lebih lanjut(probing)

Langkah 5
Memberikan penekanan atau membuat ringkasan jawapan
tepat /yang boleh diterima

Dalam pembelajaran kemahiran menyoal ini,kami juga dibahagikan dalam kumpulan dan menghantar wakil untuk mendemontrasikan kemahiran menyoal ini di dalam kelas… ketika aktiviti ini dijalankan baru saya nampak agak rumitnya proses menyoal ini..  kemahiran komunikasi amat penting dalam menjayakan kemahiran mikropengajaran ini..  klau tidak mengikut kemahiran menyoal yang betul sesi menyoal akan memakan masa yang agak lama..


p/s~~probing dan prompting amat penting dalam kemahiran menyoal=))

Tuesday, 18 October 2011

kemahiran memulakan pengajaran

Memandangkan semalam hari isnin, kelas KPD3016 berjalan seperti biasa pada minggu ke-6 ini.. Dalam kelas KPD3016 pagi tersebut, saya telah mempelajari tentang kemahiran mikropengajaran… apa yang anda paham tentang kemahiran mikropengajaran ini?? Tetttttttttttt.. habis dah 3 saat untuk anda fikir.. meh saya bagi skema jawapan saya… hehehe…  mengikut apa yang saya paham----->kemahiran mikropengajaran ini  adalah kemahiran asas yang digunakan oleh guru ketika menjalankan proses P&P di dalam kelas…

Dalam kelas tadi saya telah didedahkan dengan kemahiran memulakan pengajaran…  haaa… baru saya tahu nak mulakan kelas pon kena belajar gak eaa… ingat ke main bagi salam,baca doa dan tanya khabar  dah kira cukup dah sebagai mukadimah pengajaran… rupa-rupa ada lagi… huhuhu… 

Tujuannya adalah untuk menarik perhatian pelajar serta  memperkenalkan objektif pembelajaran..  kebiasaannya pelajar tidak begitu bersemangat hendak memulakan sesuatu pembelajaran…  inilah penting kemahiran ini untuk guru menarik perhatian mereka supaya mereka tidak berada di alam sendiri wlpon guru di hadapan.. guru boleh menarik minat pelajar dengan menggunakan suara,pergerakan,isyarat,alat pandang dengar dan sebagainya…

Komponen kemahiran memulakan pengajaran:-


menarik perhatian
-  suara,pergerakan
- alat pendang dengar


menimbulkan motivasi
- hubungan baik antara guru dgn pelajar
- rangsang sifat ingin tahu
- tunjukkan kesungguhan

menstruktur P&P
Cungkil idea
-  Buat ringkasan keseluruhan aktiviti P&P


                             membuat perkaitan
                               - Banding & beza
                             - Pengetahuan sedia ada
- Pengalaman/kejadian semasa yang berkaitan dengan pelajar



 Beberapa cara mencungkil idea pelajar:

-          Bagi 2-3 minit bincang dalam kumpulan
-          Demonstrasi guru--> mesti ada penyoalan
-          Soal jawab keseluruhan kelas
-          Kuiz pendek
-          Ramal-perhati-terang
-          Peristiwa bercanggah-miskonsepsi

Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan menghantar wakil untuk membuat demo memulakan pengajaran ini.. amat3x menarik kerana baru saya nampak macam mana situasi yang sebenar mengaplikasikan kemahiran memulakan pengajaran ini..  dan komen dr Dr Nurul memberi input yang amat berguna pada saya dan kawan-kawan..

p/s-----sesi memulakan pengajaran biasanya dalam 6-7 minit sahaja… just intro bukan lagi mengajar=)))


Thursday, 13 October 2011

inkuiri lab

Pada kelas selasa lepas... kami telah didedahkan dengan pembelajaran inkuiri dengan menggunakan kaedah inkuiri lab... sangat3x menarik pembelajaran kami pada pagi ini kerana saya rasa macam dk sekolah balik... nak tau kenape??? hehe... sebab kami menjalankan experimet tingkatan 4..... iaitu tentang prinsip archimedes main experiment ngn eureka ngn newton spring... wawawaahh sgt2 ske... hihii..

baru saya paham kaedah inkuri lab yang betul.. yang di--guide oleh central giuding question iaitu hubungan diantara buoyant force & water fluid displaced.. seperti biasa dalam setiap experiment mst kita kena kenalpasti 3 pemboleh ubah:

Pemboleh ubah--

manipulated: weight of the object
responding: buoyant force
fixed: density of liquid


weight in the air   -   weight in water  =  buoyant force

object immersed in liquid called buoyant force is equal with water displaced

Monday, 10 October 2011

pembelajaran inkuiri

kelas pada hari ini,diteruskan dengan model pembelajaran inkuiri.. kami mempelajari tentang inkuiri saintifik.. ia dikaitkan dengan tabii sains yang dipengaruhi oleh teori laden dan boleh berubah-ubah(tentative),empirik,kreatif,dan imaginatif... inkuiri saintifik memerlukan bukti yang merupakan gabungan logik, imaginasi,penerangan dan amalan...

terdapat 4 proses dalam model pembelajaran inkuiri ini:-

  1. asking a question/identifying a problem
  2. planning and completing an investigation
  3. answering the question/solving the problem
  4. communicating the results to others

sekian~~

tugasan kedua=teaching unit

minggu nie dah minggu ke 5 yeaa... amat cepat.. pada kelas hari ini,saya telah diberi pendedahan tentang pembelajaran baru iaitu teaching unit.. yang merangkumi 50% markah untuk subjek ini.. waaaaa... jumlah yang amat besar... huhuhuu... insyaAllah.. nothing impossible=))

Teaching unit???? dalam bahasa melayunya ialah unit pengajaran... apa yang anda paham... meh saya cite apa tujuan yeaa... tujuan teaching unit ini ialah sebagai rujukan guru atau perancangan awal yang merupakan sinopsis yang ingin dicapai oleh guru dalam pengajaran.

terdapat 7 komponen dalam teaching unit.. tapi dalam kelas td,kami hanya sempat menfokuskan kepada 3 komponen terawal sahaja.. iaitu pendahuluan,pengetahuan sedia ada pelajar dan analisis isi kandungan pelajaran..

Komponen 1 : Tajuk dan tujuan unit.
Komponen 2 : Pengetahuan sedia ada pelajar.
Komponen 3 : Analisis isi kandungan pelajar.
Komponen 4 : Bahan bantu mengajar dan pelajar.
Komponen 5 : Kaedah dan aktiviti P&P.
Komponen 6 : Pelan penaksiran.
Komponen 7 : Rancangan pengajaran harian.

kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dalam melaksanakan tugasan kedua ini... saya telah mendapat ahli kumpulan baru... bukan lagi kumpulan missworldphysics yeaa.. missworldphysics dah selesai dah dengan tugasan pertamanya...hehe.. kami telah mendapat tajuk prinsip archimedes dan prinsip bernoulli.. 

to my new group~selamat bergrouping membuat asignment baru,Teaching Unit=)))

bersambung ~~~

Friday, 7 October 2011

video kumpulan~~missworldphysics=))

semasa perbentangan kumpulan dalam seminar tempoh hari
kumpulan saya(missworldphysics) turut mempersembahkan video
yang direka khas untuk tugasan PjBL 
tentang tenaga nuklear ini

~jom kita menyingkap apa yang ingin kami sampaikan dalam video ini~


video permulaan sebelum perbentangan


video selepas perbentangan 


then 



~selesai~

Thursday, 6 October 2011

refleksi

salam semua~~

Hari ini saya nak kongsi serba sedikit apa yang saya dapat sepanjang melakukan tugasan project based learning(PjBL) ini.. seperti yang anda ketahui blog ini dibuat khusus untuk subjek KPD3016.. segala pembelajaran di dalam kelas KPD3016 sepanjang 4 minggu serta tugasan PjBL tentang tenaga nuklear semua telah saya kongsi disini.. 

Seperti yang anda sedia maklum, tugasan PjBL saya yang bertajuk Relevankah Tenaga Nuklear dibina Di Malaysia?? telah pon selesai... Banyak perkara saya dapat sepanjang melibatkan diri dengan PjBL.. salah satunya ialah saya lebih kreatif dalam pembelajaran.. haaa camne 2???hehe... dengan wujudnya blog dan wikispaces saya jadi lebih kreatif dan celik IT.. serta dapat berkongsi pengetahuan dengan lebih kreatif .. sebelum nie habis jew kelas tutup buku,klau bkak pon sbb esok ada kuiz... opsss...hahaha.. dengan adanya blog subjek nie,saya boleh berkongsi cerita tentang pembelajaran di dalam kelas dan secara langsung saya juga turut dapat mengingati apa yang telah dipelajari... saya juga sudah pandai menggunakan wikispaces untuk berbincang dan berkongsi pendapat disana.. 

Dalam menjayakan 2 event besar PjBL ini saya dapat meningkatkan banyak kemahiran terutamanya kemahiran berinteraksi dengan orang ramai .. memandangkan kumpulan saya melihat dari perspektif 'public' kami mengkaji pandangan orang ramai tentang tenaga nuklear ini.. dan hal ini memerlukan kemahiran komunikasi yang berkesan.. secara langsung, ia meningkatkan kemahiran komunikasi saya.. 

Selain itu, saya dan ahli kumpulan juga dapat belajar cara berurusan dengan orang yang berjawatan tinggi menemuramah dan juga melalui emel untuk mendapat pandangan mereka tentang tenaga nuklear di Malaysia.. pelbagai pendapat dan pandangan kami peroleh.. ada yang bersetuju dan ada yang memberi pandangan negatif..

Disebabkan pelbagai pandangan saya peroleh,  saya dan ahli kumpulan membuat keputusan sama ada ingin bersetuju atau tidak tenaga nuklear ini dengan menggunakan "rubric making decision" yang kami pelajari dalam kelas.. dan ini merupakan perkara baru dalam pembelajaran saya.. ternyata dengan menggunakan kaedah ini kami lebih mudah untuk membuat keputusan... melalui kaedah ini,saya dapat pengalaman membuat keputusan dengan betul dan lebih teliti..

Di samping itu, perdebatan dan seminar juga memberi pengalaman yang bermanfaat kepada saya.. Pengalaman melihat budak-budak fizik berhujah mempertahankan pihak masing-masing.. baru saya tahu kawan-kawan saya ada bakat terpendam rupanya.. hehehe.. dan ini merupakan keadah pembelajaran yang agak menarik kerana ia memupuk daya saing yang sihat dengan memberi idea dan pandangan masing-masing.. 

saya juga dapat pengalaman menganjurkan seminar.. ia bukan perkara yang mudah ok.. tanpa kerjasama antara rakan-rakan sekelas seminar ini tidak boleh berjalan dengan lancar.. thumb up to my classmate=)) klau ada kelemahan sekalipon ia akan menjadi panduan dalam menjayakan event yang lain.. we learn from the mistakes=))

sekian....................

Wednesday, 5 October 2011

aktiviti PjBL

Assalamualaikum(",)

Sudah 2 hari saya tak update blog... hari-hari yang amat sibuk.. huhuhu.. tapi alhamdulillah semuanya dah selesai... amin=)) i like... hehe.. 

Hari nie saya nak cerita pasal perdebatan dalam kelas pada hari isnin dan event besar KPD3016 AT12 iaitu seminar yang berlangsung semalam.. kira saya cerita 2 in 1 laa yeaa.. hihihii..

Perdebatan- relevenkah tenaga nuklear di Malaysia??

perdebatan ini dijalankan di dalam kelas pada hari isnin 3hb oktober 2011 amatlah mantap.. xsangka pulak yer budak fizik leh berdebat... hahaha.. kami berdebat tentang relevankah tenaga nuklear dibina di Malaysia?? perdebatan nie antara pihak kerajaan dan pihak pembangkang tenaga nuklear.. masing-masing tegas dengan hujah mempertahankan idea mereka.. perdebatan ini dimulakan dengan pihak kerajaan mengutarakan krisis minyak dan gas asli di Malaysia dan menerangkan serba sedikit tentang kebaikan tenaga nuklear.. 

pihak pembangkang tidak bersetuju dengan tenaga nuklear kerana mereka tidak mahu negara kita menerima sebarang risiko kemalangan pada loji nuklear reaktor ini.. mereka tegas dengan hujah dan idea meraka.. mereka juga mencadangkan tenaga hidro dijadikan sebagai tenaga utama di negara kita dengan memberi contoh empangan bakun.. cara mereka berbahas banyak mempengaruhi ahli dewan.. 

namun begitu pihak kerajaan juga tidak mendiamkan diri dengan memberi pembangkang mendominasikan perbahasan tersebut.. pihak kerajaan mempertahankan hujah mereka dengan mengutarakan fakta-fakta tentang kebaikan tenaga nuklear terutamanya tenaga nuklear merupakan tenaga bumi hijau(tidak menghasilkan gas karbon dioksida yang boleh menyebabkan pemanasan global)

perdebatan ini bertambah hangat dengan soal jawab di antara ahli dewan.. dan akhirnya disudahi dengan kesimpulan kedua-duanya adalah pemenang=))


Seminar-Malaysia dan Nuklear

kami menganjurkan satu seminar tentang Malaysia dan nuklear iaitu relevankah tenaga nuklear di Malaysia??seminar ini merupakan kemuncak projek based learning kami tentang tenaga nuklear..seminar ini berlangsung semalam pada 4hb oktober 2011 di auditorium Utama pada pukul 8.30 pagi.. Penceramah jemputan ialah Encik Fairus dari Agensi Nuklear Malaysia. Ceramah beliau amatlah menarik iaitu tentang nuklear di Malaysia. Beliau ada memetik fakta dari berita harian yang mengatakan "tenaga yang boleh diperbaharui tidak mampu menampung tenaga di Malaysia"... beliau juga menjawab beberapa soalan dari penonton.. 

selepas ceramah tersebut.. perbentangan dari kumpulan AT12 dijalankan sehingga pukul 1 tengah hari.. perbentangan tentang tenaga nuklear dan dapatan kajian setiap kumpulan.. 


alhamdulillah semua yer berjalan dengan lancar=))


p/s~~ trima kasih kpd semua budak AT12... apa yang penting?? kerja---sama=))

Sunday, 2 October 2011

Debate: Does the world need nuclear energy?


~enjoy this video~
harap perdebatan di dalam kelas esok berjalan dengan lancar~amin=))

berdasarkan apa yang telah kumpulan saya baca dan kaji tentang tenaga nuklear
kami telah sebulat suara menyokong tenaga nuklear dibina di Malaysia

kami telah mencari beberapa fakta dan info untuk menyokong dan mempertahankan hujah..
kumpulan saya akan menghantar seorang wakil
sebagai salah seorang pendebat pihak kerajaan..

kepada para pembangkang tenaga nuklear aka my classmate
jangan gaduh-gaduh esok yer..
sama-samalah kita mencari fakta

just enjoy this activity
and make it fun
peace=))


Advantages of Nuclear Power

http://www.heatusa.com

  • Nuclear power is good and scientific as well as environment friendly because of which it is being supported by many ecological organizations and environmentalists who were previously biased against it.
  • It has been proved that if a typical family of four uses nuclear power for all its needs then the waste produced over a period of a lifetime would be as small as a golf ball.
  • Nuclear power is an extremely reliable power source because the reactor have a life cycle of 40 years and be easily extended to 40 years.
  • It's a clean way to produce energy as it does not result in the emission of any of the poisonous gases like carbon dioxide, sulfur dioxide or nitrogen dioxide.
  • The source of nuclear power is uranium and this is available in abundance in the crust of the Earth with major deposits being uncovered in Canada and Australia. Therefore since the source of nuclear power is readily available now and also for centuries to come, this form of power is virtually inexhaustible.
  • The biggest fear associated with nuclear power is the fear of radiation and this can only be overcome by educating the people about the method of radiation and its behavior. People would be surprised to know that radiation has been a part of our environment ever since its existence and that radiation in moderate amounts can even be advantageous to our health. Therefore, radiation need not be feared from but can be channeled appropriately to serve mankind in a positive way.


nuclearpoweryespleace.org

references~www.alternate-energy-sources.com/advantages-of-nuclear-energy


Saturday, 1 October 2011

day by day

salam sejahtera.. 

anda rasa apa yang saya rasakan sekarang?? budak-budak kelas saya mst sedang mengalami sindrom nie gak.. sindrom 'rasa nak tambah masa jadi 25 jam sehari'.. hehehe.. boleh ke?? ujung mggu yang amat3x sibuk dengan persediaan perbahasan dan seminar yang akan dijalankan minggu hadapan.. 

hanya tinggal ari nie dan esok jew ag... oohhhh tidak... huhuhu.. kuatkan semangat anda=)) arap2 semua yer berjalan mengikut perancangan.. time nie kerjasama antara kumpulan dan kelas amatlah penting.. 

kumpulan saya melihat perspektif dari 'public' tentang relevankah tenaga nuklear di Malaysia?? kami telah membuat pembahagian tugas dan gerak kerja seperti menemu ramah orang ramai di tanjung malim, membuat powerpoint, pamplet dan sebagainya. Alhamdulillah semua yer memberi komitmen dalam menjalankan kerja-kerja tersebut.

p/s~thankz to my group=))